E-Commerce

E-dagang (e-commerce) ditakrifkan sebagai aktiviti membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan, atau penghantaran dana atau data yang melibatkan pemindahan maklumat melalui rangkaian elektronik menggunakan Internet. Ia merangkumi pelbagai jenis perniagaan transaksi, sama ada dari segi perniagaan-ke-perniagaan, perniagaan-ke-pengguna, pengguna-ke-pengguna atau pengguna-kepada-perniagaan. Terma e-dagang dan e-perniagaan sering digunakan silih berganti. 

E-commerce merupakan satu platform baru yang bakal dilaksanakan oleh Koperasi Perbadanan Johor bagi meningkatkan daya saing dalam ekonomi semasa. Pada masa kini, pihak pengurusan koperasi sedang membentuk kumpulan pengurusan bagi e-commerce. Selain itu, kami juga telah menganjurkan pertandingan menamakan e-commerce yang telah disertai oleh anggota pekerja Johor Corporation. Idea yang kreatif dan menarik akan dipilih sebagai pemenang dan idea tersebut bakal digunakan untuk e-commerce Koperasi Perbadanan Johor. 

Kami percaya bahawa perlaksanaan e-commerce akan dapat merangsang ekonomi bagi Koperasi Perbadanan Johor dan dapat berkomunikasi dengan anggota koperasi dengan lebih efektif





HUBUNGI KOPJCORP