Pembaharui Takaful Kenderaan & Cukai Jalan

Skim ini bertujuan memberikan kemudahan kepada anggota-anggota serta bukan anggota yang ingin mendapatkan perkhidmatan perbaharui:

       a). Takaful motor
                  i). Menyediakan perkhidmatan yang patuh syariah
                 ii). Pengeluaran nota perlindungan serta merta

       b). Cukai jalan
                 i). Jalinan terus dengan JPJ atau pejabat pos 

Takaful perlindungan kenderaan ini dikategorikan sebagai Takaful perlindungan Am. Takaful Motor menyediakan
      perlindungan untuk kenderaan anggota terhadap kehilangan atau sebarang kerosakan termasuk liabiliti pihak
      ketiga. Jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan

(i)  Perlindungan Komprehensif

Memberi perlindungan terhadap kecurian atau kerosakan kenderaan yang disebabkan oleh perlanggaran tidak sengaja, terbalik, kebakaran, kerosakan impak dan kematian/kecederaan badan kepada pihak ketiga termasuk kehilangan atau kerosakan kepada harta benda mereka akibat kemalangan.

(ii) Perlindungan Pihak Ketiga

Melindungi peserta terhadap liabiliti undang-undang yang timbul daripada kedua-dua kecederaan tubuh badan          dan kerosakan harta kepada pihak ketiga.

(iii) Untuk perlindungan yang lebih meluas, anggota boleh memilih  mengambil perlindungan tambahan untuk:-

a). Kerosakan cermin
b). Perlindungan liabiliti penumpang
c). Peril khas seperti Banjir, Angin Ribut, Hujan Lebat, Taufan, Letusan Gunung Berapi, Gempa Bumi, Tanah
             Runtuh, Gelinciran Tanah, atau Penenggelaman
d). Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam
e). Kemalangan Peribadi Pemandu Motokar (MPA)

Muat turun Aturan Skim Perlindungan Takaful Kenderaan Perbaharui Cukai Jalan.pdf untuk maklumat lanjut.

 


HUBUNGI KOPJCORP