Pembiayaan Am-i

Pembiayaan Am-i (Murabahah) ini bertujuan menyediakan kemudahan bagi anggota koperasi dari kumpulan Johor Corporation bagi mendapatkan pembiayaan untuk kegunaan pembelian barangan atau perkhidmatan di mana had pembiayaan adalah bermula dari RM1,000.00 sehingga RM20,000.00.

Antara perkara menarik yang ditawarkan melalui pembiayaan ini adalah:

 Barangan/Perkhidmatan   Barangan elektrik
 Elektronik
 Perabot
 Pendidikan
 Kenderaan
 Umrah, dan pelancongan
 Dan lain-lain
Jumlah ditawarkan   Minima    : RM1,000 hingga;
 Maksima  : RM20,000 
 Kadar keuntungan  6% bagi tempoh 1 hingga 5 tahun  
 Tempoh bayaran balik   1 hingga 5 tahun (bagi anggota pekerja yang berjawatan tetap)
 Mengikut tempoh baki kontrak (bagi anggota pekerja yang berjawatan kontrak)
 Cara bayaran balik  Melalui potongan gaji 
 Fi proses  RM50   : Bagi pembiayaan RM1,000 hingga RM9,999 
 RM130 : Bagi pembiayaan RM10,000 hingga RM20,000
 Penjamin  1 penjamin diperlukan bagi setiap permohonan 
 Perlindungan Takaful  Pembiayaan yang diluluskan akan dilindungi takaful sekiranya berlaku kes kematian atau 
 kecacatan kekal kepada pemohon
 Kelulusan  Kelulusan adalah tertakluk kepada AJK Pembiayaan


Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

 Telah menjadi anggota Koperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
 Telah mencarum dalam Modal Yuran sekurang-kurangnya enam (6) bulan iaitu [RM30.00 (minima) x 6 bulan] yang
 berjumlah RM180.00
 Telah berkhidmat dalam Johor Corporation atau syarikat dalam kumpulan sekurang-kurangnya satu tahun
 Berkemampuan, iaitu potongan dalam penyata gaji tidak melebihi enam puluh peratus daripada jumlah pendapatan 
 Baki gaji setelah ditolak bayaran balik pembiayaan perlulah tidak kurang dari RM1,000.00
 Tiada tunggakan CTOS akan diberi keutamaan


 Borang Pembiayaan Am-i - muat turun





HUBUNGI KOPJCORP