Pembiayaan Peribadi

  1. Skim Pembiayaan Peribadi Khas ini bertujuan menyediakan kemudahan bagi anggota koperasi, anggota pekerja Koperasi atau anggota pekerja subsidiari Koperasi bagi mendapat pembiayaan untuk kegunaan peribadi.
  2. Had pembiayaan adalah bermula dari RM2,000.00 sehingga RM200,000.00. Had maksima ini boleh diubah oleh Lembaga bergantung kepada keupayaan Tabung Simpanan Khas.
  3. Kadar keuntungan Pembiayaan Pelaburan ialah 4.5% hingga 5% setahun.
  4. Tempoh pembayaran balik tidak melebihi 120 bulan diantara 1 tahun hingga 10 tahun.
  5. Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi tertakluk kepada syarat-syarat  berikut:
  • Telah menjadi anggota Koperasi sekurang-kurangnya 6 bulan dan telah membayar Modal Syer sebanyak RM100.00 dan telah mencarum dalam Modal Yuran sebanyak sekurang-kurangnya RM30.00 sebulan.
  • Untuk membuat permohonan pembiayaan peribadi-i secara terus, pemohon perlu membuat bayaran 6 bulan [RM30.00 (minima) x 6 bulan] yang berjumlah RM180.00
  • Berkemampuan, iaitu potongan dalam penyata gaji tidak melebihi enam puluh peratus daripada jumlah pendapatan
  • Permohonan terpaksa ditolak sekiranya permohonan melebihi had yang mereka  layak meminjam atau permohonan mereka tidak disertakan dengan kenyataan-kenyataan yang cukup bagi menyokong akan permohonannya atau borang-borang yang tidak dilengkapkan dengan sempurna, hendaklah diberitahu segera agar pembetulan-pembetulan dapat dibuat dan permohonan-permohonan itu dapat dipertimbangkan.
Senarai borang-borang Pembiayaan Peribadi

1. Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi-i - muat turun
2. Borang Kebenaran Potongan Gaji - muat turun
3. Senarai Semak Dokumen Pembiayaan  - muat turun

Kalkulator Pembiayaan Peribadi - muat turun

HUBUNGI KOPJCORP