Pembiayaan Kebajikan

  1. Pinjaman Al-Qard (Kebajikan) merupakan pinjaman  yang dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada anggota yang dalam kecemasan atau hal – hal munasabah yang boleh dipertimbangkan.
  2. Skim ini bertujuan untuk memberi pinjaman kewangan kepada anggota-anggota yang layak dan di dalam kesulitan kewangan untuk hal-hal seperti berikut:

    a) Kematian – ibu, bapa, isteri/suami, mentua, anak dan adik-beradik kepada anggota termasuk anak angkat yang mempunyai surat akuan yang sah;
    b) Sakit- anggota atau isteri/suami, ibu bapa, anak dan adik-beradik kepada anggota termasuk anak angkat yang mempunyai surat akuan yang sah;
    c) Bersalin – anggota atau isterinya;
    d) Bencana alam – kebakaran, banjir, rebut taufan atau sebab-sebab lain yang dianggap kecemasan oleh Lembaga.
    e) Mereka yang berada dalam kesusahan mengikut budi bicara Lembaga.
    f) Pinjaman ini juga boleh dipertimbangkan bagi mereka yang memerlukan  bagi tujuan percutian, memperbaharui cukai jalan serta pembelian barang-barang yang disediakan oleh Koperasi.

  3. Jumlah pinjaman yang diluluskan adalah sebanyak RM 1,000.00 yang mana pembayaran balik dibuat melalui potongan gaji sebanyak RM 100.00 sebulan dalam tempoh maksimum selama sepuluh bulan.
  4. Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi dengan segera (kecemasan) tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

    a) Telah menjadi anggota Koperasi ini tidak kurang daripada enam bulan berterusan;
    b) Telah mencarum dalam yuran di Koperasi ini sekurang-kurangnya enam bulan;
    c) Mempunyai jumlah syer yang telah ditetapkan (RM 100.00)
    d) Tidak mempunyai baki pinjaman Al-Qard (Kebajikan ) yang dahulu.

Senarai borang-borang Pembiayaan Kebajikan

1) Borang Permohonan Pembiayaan Kebajikan-i - muat turun
2) Borang Kebenaran Potongan Gaji - muat turun
3) Senarai Semak Dokumen Pembiayaan - muat turun

HUBUNGI KOPJCORP