Bayaran Keanggotaan

1. Keanggotaan KOPJCORP terbuka kepada semua kakitangan yang bekerja di Johor Corporation dan anak syarikat Johor Corporation sahaja.

2. Bayaran keanggotaan bagi bulan pertama boleh dibuat melalui potongan gaji.

3. Pecahan bayaran keanggotaan adalah seperti berikut:

Fi Masuk   RM 10.00 Sekali bayar sahaja
Modal Syer  RM 100.00 Sekali bayar sahaja
Yuran Bulanan (Caruman)  RM 30.00 (minimum) Bulanan
Jumlah Bayaran Bulan Pertama  RM 140.00   

4. Permohonan Anggota-i boleh dibuat dengan melengkapkan borang anggota di bawah, beserta salinan kad pengenalan (boleh emel ke kopjcorp@kopjcorp.com.my) seperti berikut:-

Borang Keanggotaan PDF

atau isi borang keanggotaan secara online

5. Peringatan:  Anggota hanya boleh memohon menarik diri daripada menjadi anggota selepas satu (1) tahun pendaftaran

 

Syarat Keanggotaan

Menurut Seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:

1) warganegara Malaysia
2) telah mencapai umur lapan belas tahun
3) bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini ; dan
4) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak 
    upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-
    mana koperasi dalam tempoh satu tahun.


Untuk makluman, caruman yang dibuat tidak boleh dikeluarkan melainkan berhenti kerja/berhenti anggota tertakluk kepada Undang-Undang Kecil Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad.

HUBUNGI KOPJCORP