Soalan Lazim Kredit/Pembiayaan

1. Jenis pembiayaan yang disediakan di KOPJCORP?

a) Pembiayaan Kebajikan-i

b) Pembiayaan Peribadi-i

c) Raya X-TRA Bergaya (MBSB)


2. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat pembiayaan?

a) Borang Permohonan Pembiayaan
b) Salinan Kad Pengenalan
c) Slip Gaji 3 Bulan (terkini)
d) Surat Pengesahan Majikan (sertakan tempoh notis berhenti kerja)

 3. Berapa lamakah tempoh untuk memproses borang permohonan Pembiayaan tersebut?

a) Bagi borang Pembiayaan Kebajikan-i, tempoh proses dianggarkan dalam 7 hari bekerja.
b) Bagi borang Pembiayaan Peribadi-i, tempoh prosesdalam linkungan 1 bulan.

4. Tempoh jangkaan dapat wang pembiayaan?

Dua minggu daipada tarikh penerimaan dokumen yang telah ditandangani dengan lengkap.

5. Berapakah had pembiayaan di Kopjcorp?

Had pembiayaan peribadi-i bermula dari RM2,000.00 sehingga RM200,000.00. Had minima dan maksima ini boleh diubah oleh Lembaga bergantung kepada keupayaan sumber kewangan. Manakala had pembiayaan peribadi-i (Khas) adalah berjumlah RM2,000.00 hingga RM10,000.00.

6. Berapa lamakah tempoh bayaran balik?

Pembiayaan peribadi-i tidak melebihi 120 bulan diantara 1 tahun hingga 10 tahun.

Pembiayaan kebajikan-i adalah 12 bulan.

7. Siapakah yang layak menjadi penjamin sekiranya sesuatu pembiayaan itu memerlukan penjamin?

Penjamin hendaklah terdiri daripada kalangan keluarga terdekat atau rakan sekerja yang mempunyai pendapatan tetap, mempunyai penyata gaji dan bersetuju untuk menjadi penjamin.

8. Apakah kelayakan untuk membuat pembiayaan?

a) Mempunyai sekurang-kurangnya 6 bulan dan transaksi caruman modal yuran sebanyak RM180.00 (RM30.00 x 6 bulan).

b) Modal Syer sebanyak RM100.00.
c) Berkemampuan, iaitu bayaran ansuran bulanan tidak melebihi enam puluh peratus daripada jumlah pendapatan.

HUBUNGI KOPJCORP