Pembiayaan Peribadi-i
Pembiayaan patuh syariah yang direka khusus untuk memenuhi keperluan anda.
Antara perkara menarik yang ditawarkan melalui pembiayaan ini adalah:
Jumlah ditawarkan |
Minima : RM2,000 hingga;
Maksima : RM200,000 |
Kadar keuntungan |
5.5% bagi tempoh bayaran 1 hingga 3 tahun
6.0% bagi tempoh bayaran 4 hingga 10 tahun |
Tempoh bayaran balik |
1 hingga 10 tahun (bagi anggota pekerja yang berjawatan tetap)
Mengikut tempoh baki kontrak (bagi anggota pekerja yang berjawatan kontrak) |
Cara bayaran balik |
Melalui potongan gaji |
Fi proses |
RM100 : Bagi semua jumlah pembiayaan |
Penjamin |
1 penjamin (bekerja dan mempunyai penyata gaji) diperlukan bagi setiap permohonan. Penjamin dari kalangan keluarga atau rakan kerja adalah dibenarkan.
|
Perlindungan Takaful |
Pembiayaan yang diluluskan akan dilindungi takaful sekiranya berlaku kes kematian atau kecacatan kekal kepada pemohon |
Kelulusan |
Kelulusan tertakluk kepada keputusan AJK Pembiayaan |
Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi tertakluk kepada
syarat-syarat berikut:
Anggota telah berdaftar sekurang-kurangnya 6 bulan, dengan transaksi caruman Modal Yuran selama enam bulan (RM30.00 x 6 bulan = RM180.00). |
Telah membayar Modal Syer sebanyak RM100.00 |
Telah berkhidmat dalam Johor Corporation atau syarikat dalam kumpulan sekurang-kurangnya satu (1) tahun. |
Potongan dalam penyata gaji tidak melebihi 60% daripada jumlah pendapatan, mengikut kelayakan "Credit Rating". |
Baki gaji setelah ditolak bayaran balik pembiayaan perlulah tidak kurang dari RM1,000.00 |
Tiada tunggakan pada laporan kredit; kelulusan boleh dipertimbangkan oleh pihak pengurusan sekiranya mempunyai tunggakan.
|
Overlap hanya boleh dilakukan setelah baki pembiayaan semasa berbaki sekurang-kurangnya 50%. Proses permohonan sama sebagaimana permohonan pembiayaan buat kali pertama. |
Sekiranya berminat untuk membuat pembiayaan, sila dapatkan borang di bawah.
Dokumen yang wajib ada sewaktu membuat permohonan:
1. Borang permohonan terkini pembiayaan peribadi yang lengkap diisi dan ditandatangani
2. Surat pengesahan jawatan dari majikan (sila sertakan tempoh notis berhenti kerja)
3. Penyata gaji terkini (3 bulan)
4. Salinan kad pengenalan depan dan belakang
5. Bayaran RM15 untuk fi laporan kredit.
Sila buat bayaran ke akaun bank Koperasi di bawah dan lampirkan resit bayaran.
Nombor akaun |
5510 1670 8956 |
Nama bank |
Maybank |
Nama penerima |
Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad |
Borang Pembiayaan Peribadi-i
Kalkulator Pembiayaan Peribadi-i