Makluman Moratorium
Assalamualaikum wbt,
Untuk makluman semua anggota Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (Kopjcorp), moratorium iaitu penangguhan bayaran balik selama 6 bulan telah diberi kepada semua anggota berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Moratorium tersebut telah berkuatkuasa bermula April 2020 sehingga September 2020.
Oleh itu, segala perjanjian melibatkan pembiayaan termasuk segala isi perjanjian adalah dengan automatiknya dilanjutkan selama 6 bulan.
Terima kasih.