Soalan Lazim Keanggotaan

1. Bagaimanakah cara untuk menjadi anggota Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad?

Sila muat turun dan lengkapkan borang rasmi permohonan menjadi anggota-i berserta salinan kad pengenalan dan borang tersebut boleh didapati di alamat laman web rasmi Kopjcorp atau pendaftaran secara atas talian melalui pautan berikut http://surl.li/ckbtu.

2. Apakah dokumen dan bayaran yang diperlukan bagi menjadi seorang anggota?

a) Fi Masuk RM10.00
b) Modal Syer rm100.00 (Minimum)
c) Borang Kebenaran Potongan Gaji yang telah lengkap bagi modal yuran bulanan RM30.00 (minimum)
d) Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon

3. Kelebihan menjadi anggota Kopjcorp?

a) Menyediakan skim pembiayaan kredit
• pembiayaan kebajikan-i (RM 1k)
• pembiayaan peribadi-i (RM 2k – RM 200k)
b) Pulangan dividen tahunan ke atas modal syer dan caruman

4. Bagaimanakah proses untuk berhenti dari anggota Kopjcorp?

Anggota perlu mengisi Borang Notis Menarik Diri dan mengemukakan salinan kad pengenalan bagi tujuan semakan ejaan nama untuk tindakan proses pemulangan Modal Syer dan Modal Yuran Anggota.

5. Berapa lama tempoh diperlukan untuk pemulangan Modal Syer dan Modal Yuran anggota?

Mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi Klausa 22(1), seseorang anggota boleh manarik diri daripada koperasi ini dengan memberi notis bertulis enam (6) bulan terlebih dahulu kepada lembaga atas sebab munasabah. Anggaran tempoh pemulangan adalah 6 bulan, namun tempoh pemulangan akan lebih pendek sekiranya proses pemulangan mengikut sebagaimana yang ditetapkan.

6. Sekiranya saya belum menjadi anggota, dan ingin membuat pembiayaan peribadi, apakah dokumen dan bayaran yang diperlukan?

a) Borang Permohonan Menjadi Anggota-i
b) Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi-i
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Slip Gaji 3 bulan
e) Surat Pengesahan Majikan
f) Fi masuk RM10.00
g) Modal Syer RM100.00
h) Bayaran Proses Pembiayaan RM100.00
i) Caruman Yuran Bulanan (6 bulan x RM30)

HUBUNGI KOPJCORP