2022 2020 2021 2019 2023 2018 2024 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 37 Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 37 pada 29 Ogos 2018 bertempat di Level 24, Menara KOMTAR JBCC. Mesyuarat dirasmikan oleh YM Ungku Harun Al’Rashid Ahmad, Naib Presiden Divisyen Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan. Mesyuarat juga telah dihadiri oleh anggota Kopjcorp yang terdiri daripada anggota pekerja Johor Corporation dan anak syarikat dalam kumpulan Johor Corporation.