Soalan Lazim Keanggotaan

1. Bagaimanakah cara untuk menjadi anggota Koperasi Perbadanan Johor Berhad?

Sila muat turun dan lengkapkan borang rasmi permohonan menjadi anggota-i yang boleh didapati di alamat laman web rasmi Kopjcorp seperti berikut: www.kopjcorp.com.my

2. Apakah dokumen dan bayaran yang diperlukan bagi menjadi seorang anggota?

a) Fi Masuk RM10.00
b) Modal Syer rm100.00 (Minimum)
c) Borang Kebenaran Potongan Gaji yang telah lengkap bagi Modal Yuran Bulanan RM30.00 (minimum)
d) Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pemohon

3. Kelebihan menjadi anggota Kopjcorp?

a) Menyediakan skim pembiayaan kredit
• pembiayaan kebajikan-i (rm 1k)
• pembiayaan peribadi-i (rm 2k – rm 200k)
b) Pulangan dividen tahunan ke atas modal syer dan caruman
c) Peluang pelaburan di dalam Tabung Simpanan Khas-I (TSK-i) dengan kadar keuntungan yang kompetitif
d) Diskaun pembelian sebanyak 10%-20% produk milik anak syarikat Johor Corporation
e) Diskaun pembelian sebanyak 10%-15% produk dan makanan di outlet terpilih dalam kompleks jbcc,
            galeria@kotaraya, @mart kempas dan lakin central
f) Diskaun pembelian sebanyak 10%-15% produk dan makanan di outlet terpilih dalam kompleks jbcc,
            galeria@kotaraya, @mart kempas dan lakin central
g) Pembelian di e-commerce dengan tambahan ‘loyalty point’
h) Menawarkan diskaun sebanyak 5%-10% untuk pelbagai jenis perkhidmatan
i) Diskaun tambahan sebanyak 3% di semua cawangan kedai hargapatut imcoop

4. Bagaimanakah proses untuk berhenti dari anggota Kopjcorp?

Sila kemukakan salinan kad pengenalan bagi penyemakan ejaan nama untuk membolehkan modal yuran bulanan bersama modal syer dipulangkan semula

5. Berapa lama tempoh diperlukan untuk sah berhenti dari anggota?

Anggaran dua minggu selepas mesyuarat

6. Sekiranya saya belum menjadi anggota, dan ingin membuat pembiayaan peribadi, apakah dokumen dan bayaran yang diperlukan?

a) Borang Permohonan Menjadi Anggota-i
b) Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi-i
c) Salinan Kad Pengenalan
d) Slip Gaji 3 bulan
e) Surat Pengesahan Majikan
f) Fi masuk RM10.00
g) Modal Syer RM100.00
h) Bayaran Proses RM50.00
i) Caruman Yuran Bulanan (6 bulan x RM30)

HUBUNGI KOPJCORP