Panel Syariah


Professor Dr. Md. Som Bin Sujimon
Ketua Eksekutif
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)
Jalan Heman, Kg Aman
80350 Larkin Jaya
Johor Bahru, Johor
Malaysia
  Professor Madya Dr. Rusni Hassan
Timbalan Dekan
Akademi Dan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Islam Antarabangsa
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Malaysia
  Tuan Haji Mohd Sahir Bin Rahmat
Timbalan Presiden 1
Jabatan Kewangan Dan Korporat
Level 15, Menara 238
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

 

 

Pengesahan Patuh Syariah


  Alhamdullilah, koperasi Perbadanan Johor Berhad telah mendapat pengesahan patuh syariah untuk Tabung Simpanan Khas-i (TSKi) pada 30 Disember 2016. Pihak koperasi akan mula menawarkan pelaburan Tabung Simpanan Khas-i (TSKi) kepada anggota KOPJCORP mulai 11 Januari 2017.
  Koperasi Perbadanan Johor Berhad telah mendapat pengesahan patuh syariah untuk aktiviti keanggotaan dan kemudahan pembiayaan
- Keanggotaan (Mudarabah)-i, Penbiayaan Kebajikan (al-
  Qard)-i, Pembiayaan Peribadi (Tawarruq)-i

 

Mengenai Patuh Syariah


Pengenalan

Prinsip Syariah adalah asas kepada amalan perniagaan atau kewangan Islam di mana pematuhan kepada rukun, syarat dan prinsip yang ditentukan Syarak menjadi ciri utamanya. Pematuhan menyeluruh terhadap prinsip Syariah akan memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti sistem muamalat Islam khususnya dalam sektor koperasi.

KOPJCORP berusaha bagi memastikan keseluruhan perniagaan dan aktiviti koperasi berasaskan Syariah beroperasi selaras dengan prinsip Syarak. Ke arah matlamat ini, jawatankuasa Syariah koperasi perlu diwujudkan bagi koperasi yang menjalankan perniagaan atau aktiviti berlandaskan Syariah.

 

Tujuan

Tujuan mensyariahkan aktiviti KOPJCORP adalah bagi memastikan keseluruhan perniagaan dan aktiviti koperasi dijalankan berasaskan Syariah dan beroperasi selaras dengan prinsip Syarak.

 

Konsep Syariah

KOPJCORP merupakan sebuah Koperasi Kredit. Produk dan pembiayaan kewangan yang ditawarkan oleh KOPJCORP adalah berlandaskan konsep Syariah dan menepati kehendak Islam yang melarang sebarang aktiviti riba. Produk dan pembiayaan kewangan adalah berlandaskan konsep-konsep Syariah berikut:

 

 Konsep Syariah  Pengertian
 UJRAH Ujrah ialah upah atau yuran yang dikenakan untuk perkhidmatan yang diberi.
 MUDARABAH
Mudarabah merupakan kontrak antara dua pihak bagi menjalankan sesuatu usaha niaga. Ia melibatkan rabbul mal selaku pelabur yang menyediakan modal, dan mudarib selaku pengusaha yang menjalankan usaha niaga tersebut. Sebarang keuntungan yang terhasil daripada usaha niaga tersebut akan dikongsi antara pelabur dengan pengusaha berdasarkan syarat dan nisbah yang dipersetujui, manakala sebarang kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh pelabur.
 WAKALAH Wakalah merupakan kontrak agensi yang melibatkan satu pihak memberikan mandat kepada pihak lain sebagai wakil untuk melaksanakan tugasan tertentu. Dalam konteks kewangan Islam kini, kebiasaannya pelanggan akan melantik institusi kewangan sebagai wakil untuk melaksanakan sesuatu urus niaga mua`malah dan sebagai balasan, institusi kewangan akan menerima upah bagi perkhidmatan tersebut.
 QARD Qard bermaksud memberikan harta kepada pihak yang memanfaatkan harta tersebut dan dikembalikan gantian yang sama jenis dengannya. Pada peringkat awal pelaksanaan kewangan Islam di Malaysia, beberapa produk yang berasaskan qard telah diperkenalkan, contohnya, sijil pelaburan Kerajaan dan pinjaman kebajikan. Kini, penggunaannya diperluas kepada produk-produk lain seperti pinjaman rahn, kad kredit, kad caj dan lain-lain. Ia juga menjadi asas kepada instrumen pengurusan mudah tunai bagi institusi kewangan Islam.
 TAWARRUQ Tawarruq merujuk kepada urus niaga mua`malah yang melibatkan dua peringkat urus niaga. Pada peringkat pertama, urus niaga tersebut melibatkan pembelian secara kredit antara pembeli dengan penjual asal sesuatu aset, dan pada peringkat kedua, pembeli kemudiannya akan menjual aset tersebut secara tunai kepada pihak ketiga. Ia dinamakan tawarruq kerana ketika membeli aset tersebut secara kredit, pembeli tidak berniat untuk menggunakan atau memanfaatkannya, tetapi hanya ingin menjualnya semula bagi memperoleh wang tunai. Ia juga dikenali sebagai murabahah komoditi dan digunakan secara meluas dalam produk deposit, pembiayaan, pengurusan aset dan tanggungan serta pengurusan risiko.
 TA'WIDH Ta`widh adalah ganti rugi yang dikenakan ke atas kerugian sebenar yang dialami oleh koperasi disebabkan oleh kelewatan dan kelalaian pelanggan dalam melaksanakan bayaran pembiayaan.
 IBRA' Ibra' merujuk kepada rebat yang diberikan oleh koperasi kepada pelanggan yang melunaskan pembiayaan lebih awal berasaskan kepada kontrak jual dan beli.

 

HUBUNGI KOPJCORP