Latar Belakang dan Peranan

Koperasi Perbadanan Johor Berhad (KOPJCORP) telah ditubuhkan pada 14 Oktober 1978 di mana anggota KOPJCORP terdiri daripada anggota pekerja dalam kumpulan Johor Corporation. KOPJCORP yang merupakan koperasi kredit telah diaktifkan semula pada 1 Oktober 2013 di mana keanggotaan diluaskan ke anggota pekerja syarikat-syarikat dalam kumpulan dengan objektif untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan menyediakan pelbagai manfaat kepada anggota koperasi. KOPJCORP juga pernah terlibat dengan pelbagai aktiviti perniagaan seperti pinjaman peribadi, pam minyak, pasaraya dan lain-lain.

Terdapat 4 peranan penting KOPJCORP:

1. Pentadbiran

Menguruskan Mesyuarat Agung Tahunan / EGM Koperasi
Menguruskan Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi
Menguruskan hal ehwal pentadbiran pejabat koperasi
Menguruskan aset koperasi
Membuat pesanan pembelian
Mentadbir urusan surat-menyurat koperasi
Mentadbir sistem fail
Memproses dan menguruskan keanggotaan koperasi

2. Kewangan

Menguruskan akaun dan aliran tunai koperasi
Menyiapkan akaun beraudit koperasi setiap tahun
Memastikan dokumen kewangan disimpan dengan teratur
Membuat perancangan kewangan koperasi
Melantik juruaudit luar dan dalam untuk mengaudit akaun koperasi
Menguruskan keanggotaan koperasi
Menguruskan bayaran dividen kepada anggota setiap tahun
Menghantar laporan kewangan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Menjalinkan hubungan kewangan dan kerjasama dengan pihak bank dan koperasi
Menyediakan cek bayaran yag perlu dibuat oleh koperasi (pembiayaan peribadi, tuntutan pembekal, cukai
                tanah dan lain-lain)
Menyediakan sumber pembiayaan kewangan untuk anggota
Memaklumkan dan membuat arahan potongan gaji bulanan anggota untuk tujuan yuran bulanan, modal syer
                dan pinjaman kepada syarikat

3. Jualan dan Pemasaran

Merangka perancangan pemasaran produk-produk koperasi
Membuat  iklan promosi produk koperasi dari semasa ke semasa
Membuat promosi keanggotaan koperasi
Membuat jualan produk-produk koperasi

4. Pembangunan Bisnes Korporat

Membuat kertas kerja perancangan bisnes koperasi
Membentangkan dalam Mesyuarat di Peringkat Jcorp seperti JAWS dan sebagainya
Membentangkan perancangan bisnes dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi
Melaksanakan dan memantau projek-projek yang telah diluluskan oleh koperasi
Merancang dan mendapatkan sumber kewangan dan dana bagi pinjaman kepada anggota dari bank atau
                institusi kewangan dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Menambah dan memasarkan kemudahan pembiayaan dan lain-lain kemudahan kepada anggota

5. Produk dan Perkhidmatan Koperasi

Pembiayaan Kebajikan dan Peribadi
Tabung Simpanan Khas-i (TSKi)
Bisnes secara atas talian (E-Commerce)
Agen pembekalan produk
Perkhidmatan katering, projek konsultan, insurans dan lain-lain


HUBUNGI KOPJCORP