Pembiayaan Peribadi-i
Pembiayaan Peribadi-i (Tawarruq) ini bertujuan
menyediakan kemudahan bagi anggota koperasi dari kumpulan Johor Corporation bagi
mendapatkan pembiayaan untuk kegunaan peribadi di mana had pembiayaan adalah bermula dari RM2,000.00 sehingga RM200,000.00.
Antara perkara menarik yang ditawarkan melalui pembiayaan ini adalah:
Jumlah ditawarkan |
Minima : RM2,000 hingga;
Maksima : RM200,000 |
Kadar keuntungan |
5.5% bagi tempoh bayaran 1 hingga 3 tahun
6.0% bagi tempoh bayaran 4 hingga 10 tahun |
Tempoh bayaran balik |
1 hingga 10 tahun (bagi anggota pekerja yang berjawatan tetap)
Mengikut tempoh baki kontrak (bagi anggota pekerja yang berjawatan kontrak) |
Cara bayaran balik |
Melalui potongan gaji |
Fi proses |
RM100 : Bagi semua jumlah pembiayaan |
Penjamin |
1 penjamin diperlukan bagi setiap permohonan |
Perlindungan Takaful |
Pembiayaan yang diluluskan akan dilindungi takaful sekiranya berlaku kes kematian atau kecacatan kekal kepada pemohon |
Kelulusan |
Kelulusan adalah tertakluk kepada AJK Pembiayaan |
Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi tertakluk kepada
syarat-syarat berikut:
Telah menjadi anggota Koperasi sekurang-kurangnya 6 bulan |
Telah membayar Modal Syer sebanyak RM100.00 |
Telah mencarum dalam Modal Yuran sekurang-kurangnya enam (6) bulan iaitu [RM30.00 (minima) x 6 bulan] yang berjumlah RM180.00 |
Telah berkhidmat dalam Johor Corporation atau syarikat dalam kumpulan sekurang-kurangnya satu tahun |
Berkemampuan, iaitu potongan dalam penyata gaji tidak melebihi enam puluh peratus daripada jumlah pendapatan dan mengikut kelayakan Credit Rating |
Baki gaji setelah ditolak bayaran balik pembiayaan perlulah tidak kurang dari RM1,000.00 |
Tiada tunggakan pada laporan kredit; kelulusan boleh dipertimbangkan oleh pihak pengurusan sekiranya mempunyai tunggakan
|
Kalkulator Pembiayaan Peribadi-i - muat turun
Borang Pembiayaan Peribadi-i - muat turun