Pembiayaan Kebajikan-i

Pembiayaan Kebajikan-i ( Al-Qard) merupakan pembiayaan berjumlah RM1,000 yang dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada anggota yang mempunyai hal kecemasan atau hal – hal munasabah yang boleh dipertimbangkan sebagaimana berikut:

a) Kematian – ibu, bapa, isteri/suami, mentua, anak dan adik-beradik kepada anggota termasuk anak angkat;

b) Sakit - anggota atau isteri/suami, ibu bapa, anak dan adik-beradik kepada anggota termasuk anak angkat;

c) Bersalin – anggota atau isterinya;

d) Bencana alam – kebakaran, banjir, ribut taufan atau sebab-sebab lain yang dianggap kecemasan

e) Mereka yang berada dalam kesusahan.

f) Pembiayaan ini juga boleh dipertimbangkan bagi mereka yang memerlukan  bagi tujuan percutian, 
        memperbaharui cukai jalan serta pembelian barang-barang yang disediakan oleh Koperasi.


Antara perkara menarik yang ditawarkan melalui pembiayaan ini adalah:

Jumlah ditawarkan RM1,000 
Kadar Keuntungan Tiada 
Tempoh bayaran balik  10 bulan atau 12 bulan 
Cara bayaran balik Melalui potongan gaji 
Fi proses RM50 
Perlindungan takaful Pembiayaan yang diluluskan akan dilindungi takaful sekiranya berlaku kes kematian atau kecacatan kekal kepada pemohon 


Pembiayaan ini boleh diberikan kepada anggota Koperasi dengan segera (kecemasan) tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Telah menjadi anggota Koperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
Telah membayar Modal Syer sebanyak RM100.00
Telah mencarum dalam Modal Yuran sekurang-kurangnya enam (6) bulan iaitu [RM30.00 (minima) x 6 bulan] yang berjumlah RM180.00
Tidak mempunyai baki pinjaman Al-Qard (Kebajikan ) yang dahulu

 Borang Pembiayaan Kebajikan-i - muat turun

 

HUBUNGI KOPJCORP