29 July 2019

Mesyuarat Agung Kawasan 1 (Selatan) Kali Pertama

Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan 1 (Selatan) Kali Pertama pada 29 Julai 2019 yang bertempat di bilik latihan, Angry Birds Activity Park, Johor Bahru City Centre.

Mesyuarat telah dihadiri oleh seramai 74 anggota koperasi dari Johor Corporation dan beberapa anak syarikat kawasan selatan seperti Damansara Assets, TPM Technopark, Johor Land Berhad, Kulim (M) Berhad, KPJ Puteri, KPJ Pasir Gudang, Edaran Badang, Syarikat Pengangkutan Maju, Penawar Express Line dan Tepak Marketing.

Seramai 19 anggota telah dilantik sebagai perwakilan kawasan selatan bagi menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan yang bakal diadakan pada September 2019.

Berikut merupakan sekilas gambar sewaktu mesyuarat berlangsung:





Back to Aktiviti Terkini

HUBUNGI KOPJCORP