Muat turun borang

Bagi sebarang permohonan yang ingin dilakukan, mohon muat turun borang permohonan dan hantar kepada Koperasi beserta lampiran yang diperlukan (ada dinyatakan di dalam borang permohonan).

Borang yang lengkap boleh dihantar ke alamat berikut:
Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad
31-1, Jalan Perjiranan 4/3, Bandar Dato' Onn,
81100, Johor Bahru , Johor

atau emel ke kopjcorp@kopjcorp.com.my 


Tatacara permohonan melalui emel:

1. Pastikan borang dimuat turun, dicetak, diisi dengan tertib dan disusun mengikut muka surat yang betul sebagaimana ianya dimuat turun

2. Bagi borang kebenaran penzahiran maklumat kredit individu, mohon diisi sebelah kiri sahaja. Sebelah kanan adalah untuk kegunaan Koperasi.

3. Bagi dokumen lampiran, mohon sediakan kesemua lampiran yang diperlukan terlebih dahulu iaitu:

  •   Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang)
  •   Surat Pengesahan Jawatan
  •   Salinan Penyata Gaji 3 bulan yang terkini
  •   Resit RM15

4. Setelah kesemua dokumen lampiran telah disediakan, lampirkan ia bersama-sama borang permohonan yang telah disusun tadi, scan melalui mesin fotostat atau mesin scanner dan disimpan secara 1 dokumen pdf sahaja.

5. Emel pdf tersebut ke kopjcorp@kopjcorp.com.my


Borang Keanggotaan 

Sila semak kriteria keanggotaan di Kriteria Keanggotaan Koperasi

1. Borang Rasmi Permohonan Menjadi Anggota-i - muat turun  
2. Permohonan Menambah atau Mengurangkan Caruman Bulanan Modal Syer-i - muat turun  
3. Borang Pengeluaran Modal Syer, Yuran dan Dividen - muat turun
4. Notis Menarik Diri - muat turun

Borang Pembiayaan Kebajikan 

Sila semak kriteria pembiayaan di Kriteria Pembiayaan Kebajikan

1. Borang Permohonan Pembiayaan Kebajikan-i - muat turun

Borang Pembiayaan Peribadi - i

Sila semak kriteria pembiayaan di Kriteria Pembiayaan Peribadi-i

1. Borang Permohonan Pembiayaan Peribadi-i - muat turun

Nota: 

Bagi anggota yang ingin membuat semakan laporan kredit sahaja, mohon muat turun Borang Penzahiran Maklumat Kredit Individu sahaja. Dan ikuti langkah berikut:

    1. Print Borang Penzahiran Maklumat Kredit Individu
    2. Lengkapkan di bahagian bawah sebelah kiri sahaja dan scan borang tersebut
    3. Sila buat bayaran RM15 bagi pembelian laporan tersebut di maklumat akaun Koperasi di bawah:
        
        Nama Bank : Maybank
Nombor Akaun : 5510 1670 8956
Nama Penerima : Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad

    4. Emel ke kopjcorp@kopjcorp.com.my :

a) Borang Penzahiran Maklumat Kredit Individu tadi yang telah lengkap diisi dan di scan
b) Maklumat diri iaitu:
- Nama Penuh mengikut IC
- Nombor Telefon
- Alamat Rumah
- Alamat emel
c) Resit bayaran RM15

     5. Pihak kami akan membalas emel tuan/puan laporan kredit yang dikeluarkan dari agensi kami.

HUBUNGI KOPJCORP